Bila anda tidak mahu /tiada masa membuat e-hailing, masalah akan timbul sekiranya nak buat cukai jalan, i.e., kena buat pemeriksaan Puspakom sebelum dapat perbaharui cukai jalan, Kalau nasik baik, anad dibenarkan untuk buat cukai jalan untuk tempoh 6 bulan saja.
Jadi, mahu tak mahu kena juga batalkan EVP, Tapi bila nak batalkan EVP, anda perlu buat pemeriksaan PUSPAKOM dan barulah dapat release EVP tu dari JPJ.
Jadi, saya kongsikan proses tersebut di bawah:
Pembatalan EVP boleh dibuat sekiranya :
- Kenderaan dijual.
- Akaun E-hailing telah digantung/dibatal/disekat/ditamatkan oleh operator.
- Kenderaan melebihi 9 tahun dan cukai jalan tidak boleh dibuat.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk pembatalan EVP:
- Dapatkan surat pembatalan daripada operator (boleh dibuat di platform online operator e-hailing).
- Buat pemeriksaan khas (B2) kenderaan di PUSPAKOM
- Hantar Borang Pembatalan EVP (Salinan JPJ), Laporan Pemeriksaan Khas (B2) PUSPAKOM (rujuk 2 di atas) dan Borang JPJK8 (Pind./2016) di JPJ.
Selesai proses di atas, anda dah boleh perbaharui cukai jalan anda pada masa akan datang tanpa perlu pemeriksaan berkala PUSPAKOM.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.