Nilaikan di mana tahap solat kita. Dalam era membaiki diri ini, kita semak solat kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak
betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka
kepada Allah Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini
jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia
tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia
baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan
alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ni.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih
melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai
pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa,
berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf
dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati
setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah
(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak
perdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada
Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana
yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah
belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya
tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa
pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan
kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam
sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar /
ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam
sembahyangnya,malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya
itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan
dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit .
Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap
Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yg
dinamakan golongan mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan
ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika
panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu,
maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak
lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.
Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan
Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.