Pages

Friday, July 16, 2021

Merger & Acquisition

 


Acquisitions and Mergers is divergent in practice and most controversial in business, and therefore the need to highlight the salient points related to “the most dramatic or controversial activity in corporate finance”. (Ross, Westerfield, Jaffe, 2008).


 What is Covered?

• Forms of Acquisitions
• Synergy
• Bad Reasons for Mergers
• Cost to Stockholders
• Methods of Valuation [NPV and other techniques of a Merger]
• Friendly versus Hostile Takeovers
• Defensive Tactics
• Do Mergers Add Value?
• Accounting for Acquisitions
• Going Private and Leverage Buyouts
• Divestitures

 



Tuesday, November 17, 2020

Nice!


 Berani main buaian tengah hutan.

Kedai Ice Cream di Melaka. Nyaman!






 Should check this place out. It's in Taman Kota Laksamana, Melaka.

Bagaimana Batalkan E-hailing Vehicle Permit (EVP)

Bila anda tidak mahu /tiada masa membuat e-hailing, masalah akan timbul sekiranya nak buat cukai jalan, i.e., kena buat pemeriksaan Puspakom sebelum dapat perbaharui cukai jalan, Kalau nasik baik, anad dibenarkan untuk buat cukai jalan untuk tempoh 6 bulan saja. 

Jadi, mahu tak mahu kena juga batalkan EVP, Tapi bila nak batalkan EVP, anda perlu buat pemeriksaan PUSPAKOM dan barulah dapat release EVP tu dari JPJ.

Jadi, saya kongsikan proses tersebut di bawah:


Pembatalan EVP boleh dibuat sekiranya :

  1. Kenderaan dijual.
  2. Akaun E-hailing telah digantung/dibatal/disekat/ditamatkan oleh operator.
  3. Kenderaan melebihi 9 tahun dan cukai jalan tidak boleh dibuat.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk pembatalan EVP:
  1. Dapatkan surat pembatalan daripada operator (boleh dibuat di platform online operator e-hailing).
  2. Buat pemeriksaan  khas  (B2) kenderaan di PUSPAKOM
  3. Hantar Borang Pembatalan EVP (Salinan JPJ), Laporan Pemeriksaan Khas (B2) PUSPAKOM (rujuk 2 di atas) dan Borang JPJK8 (Pind./2016) di JPJ. 
Selesai proses di atas, anda dah boleh perbaharui cukai jalan anda pada masa akan datang tanpa perlu pemeriksaan berkala PUSPAKOM.





Thursday, November 12, 2020

Technical Analysis: Candle Stick Basic Structure

 

















Kenangan Sekolah Lama - Tribute untuk Bonda

 Pantun seloka ini disediakan oleh bonda:


Ungkapan beliau sebagai mula bicara "Istimewa untuk Gurubesar dan guru-guru yang sama mengajar dengan saya di SRK Tengkera 2 Melaka pada tahun 1982".



Kalau tuan berhati berani,

Tahanlah segala cubaan,

Tujuh tahun saya disini,

Agak lama dalam kiraan.


Sekolah Tengkera dalam pekan,

Senang datang dan pergi,

Selamat tinggal ku ucapkan,

Panjang umur bertemu lagi.


Tengkera memang dalam pekan,

Menjadi tumpuan kita bersama,

Sangat sayang hendak tinggalkan,

Rumah, sekolah dan kenalan lama.


Buah Cermai dibuat halua,

Mari dimakan bersama roti,

Tapi terpaksa pergi jua,

Menyahut seruan suami.


Mari dimakan bersama roti,

Memang enak rasanya bukan,

Suka dan Duka silih berganti,

Pahit getir pernah diraskan.


Kalau pergi ke Tanjung Ru,

Bawalah juga langsat sekati,

Kelas pemulihan kelas baru,

Bukanlah kelas impian hati.


Ramai juga kenalan semua,

Pergi melancung ke Surabaya,

Namun saya ajar jua,

Setakat yang saya terdaya.


Bekalan melancung ialah ketupat,

Bersama rendang, roti dan kari,

Janganlah dipuji atau diumpat,

Saya bukanlah seorang bistari.


Kalau ada temasya menari,

Jamuan ringan hidangkanlah,

Guru besar seorang bistari,

Pandai sungguh mentadbir sekolah.


Kalau tuan ke pekan Melaka,

Selera tuan hendaklah dijamu,

Guru-guru lain rajin belaka,

Menjalankan tugas tanpa jemu.


Dari Melaka ke Singapura,

Singgah di Johor beli rambutan,

Pergaulan di sini sungguh mesra, 

Hilai ketawa sering bersahutan.



Awesome Trip via Monorail in KL : 2019

Saturday, November 7, 2020

Pantun Seloka: Kucingku Koreng Dan Belang (1980) - Tribute to my Beloved Mom

 


Duduk berbual di atas bangku,

Sambil berbual menyiang ikan,

Ah! Lucunya kucingku,

Namany Koreng kuberikan.


Rumah kampungada alang,

Kunci pintu gunakan mangga,

Berkejar-kejaran dengan si Belang,

Naik tangga turun tangga.

Sayur diletak atas meja,

Baru balik dari pekan,

Koreng dan Belang sangat manja,

Makan nasi digaul ikan.



Budget in a Glance